Sunday, September 16, 2012

UTHM - 06/07/2012

emm .. kawan2 semua dah makan kerrr ... hehehe .. nk warm up jap .... kali niey aku nk berkogsi serba sedikit plak pasal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia a.k.a UTHM ... kenapa aku nk cerita plak????? mesti laah sbb nyerrr aku dah pergi at sana ... fuhh mmg canggih laaa library dyeowg 2 .. aku yg first time p sana pown jd jakun jap dgn kecanggihan dyeowg 2 ... sat ag aku share k sal UTHM niey ... 

sejarah UTHM .. ( INFO NIEY AKU COPY N PASTE AT laman web rasmi dye at http://lms.uthm.edu.my/equip/elibrary/m_sejarah.jsp .. law nk taw leh laaa korang klik at link 2 ok  =) ...

SEJARAH
Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mula beroperasi pada tahun 1993. Pada masa itu, UTHM dikenali sebagai Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP). Dengan berbekalkan 5,000 naskah bahan bacaan tinggalan Politeknik Batu Pahat serta sebuah bangunan kecil dua tingkat yang menyediakan 120 tempat duduk, pihak pengurusan perpustakaan memulakan misi menyokong staf akademik dan pelajar dalam program pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
dah macam student UTHM plak .. hehehe .. xdpt blaja sana dpt masuk library pown ok laaa ... huhu

disebab kan struktur tangga yg cantik niey laaa kami berebut2 nk amek gambo .. hikhik ... jakun plak kannn???


Untuk menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat, bangunan tersebut telah dibesarkan pada tahun 2000, sehingga boleh menyediakan ruang bacaan kepada 200 orang pengguna. Dengan pembukaan Perpustakaan Cawangan Kampus Bandar pada tahun 2004, dan Perpustakaan B5 (diatas Pejabat Bendahari) pada tahun 2006, jumlah tempat duduk pengguna telah meningkat kepada 500. Pada bulan Julai 2008, Perpustakaan Cawangan Kampus Bandar telah berpindah ke premis baru, bersebelahan Kampus Bandar, untuk menampung pertambahan koleksi bahan dan menyediakan lebih banyak tempat duduk pengguna.
Pada bulan Mei 2010, Perpustakaan UTHM telah berpindah ke bangunan baru yang mempunyai keluasan 16,000 meter per segi dan boleh memuatkan 300,000 naskhah koleksi. Bangunan baru ini boleh menampung sehingga 3,000 pengguna. Ia menyediakan ruang belajar yang luas dan kondusif dan mempunyai 100 bilik karel, 40 bilik perbincangan, 2 bilik seminar, bilik penyelidikan pasca siswazah, auditorium, bilik pencarian maklumat, bilik rujukan terhad, bilik jurnal dan bilik bacaan 24 jam.
Pembangunan koleksi perpustakaan dalam pelbagai bidang pengajian, terutamanya sains dan teknologi, terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk menyokong aktiviti akademik. Pada masa kini, perpustakaan telah mempunyai 180,000 naskhah monograf, 8,000 judul tesis, 150 judul jurnal bercetak, 40 judul majalah dan 20,000 unit bahan audio visual. Pihak perpustakaan juga telah melanggan perkhidmatan 28 pangkalan data, 4 e-books dan 180 judul e-journals.

Projek pengautomasian sistem perpustakaan telah dimulakan pada tahun 1997 untuk menguruskan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih cekap.
Pada masa kini, perpustakaan menggunakan sistem perpustakaan bersepadu Symphony untuk menguruskan operasi, mengautomasikan tugas dan meningkatkan produktiviti staf. 

duk berangan bila laaa dpt masuk sini niey ... ish3 ...


the best moment ... !!!
 sampai sini jerrr laaaa story aku pd kali niey ... esok2 aku continue story baru plak ... baru skg aku dpt m'update blog aku yg xbpe niey ... al maklum laaa .. the busiest woman in the world .. huhu ... ish3 ... da nk mlm upenyerr ... 2 laaaa mslh aku niey .. klu duk m'hadap bnda niey mmg xigt sape2 dah ... ok laaa ... papai .... (^_*)

1 comment: