Monday, December 31, 2012

guess what?????? i'm really hate to being my self ........ in everything that i was did till now .....
what suppose i do?????????  be a loser  or just follow the flow?????? mengalah xsemestinyerrrr i kalah kan???? maybe it just an experience to become strong for future ..... oh God .. is this because of my sins????

Monday, December 17, 2012

TANDA-TANDA IKHLAS DALAM DIRI


Ikhlas itu mempunyai bukti
penguat dan tanda-tanda yang banyak sekali, contohnya dalam kehidupan orang
yang mukhlis; dalam tindak-tanduknya, dalam pandangan terhadap dirinya dan juga
orang lain. Di antaranya adalah:

Pertama: Takut Kemasyhuran

Takut kemasyhuran dan
menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk
orang yang mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bahawa penerimaan amal
di sisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi, tidak secara terang-terangan
dan didedahkan. Sebab andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa,
lalu ada niat tidak baik yang masuk ke dalam dirinya, maka sedikit pun manusia
tidak memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah.
Maka dari itu zuhud dalam
masalah kedudukan, ke
masyhuran, penampilan dan
hal-hal yang serba gemerlap lebih besar darip zuhud dalam masalah harta,
syahwat perut dan kemaluan. Al-Imam Ibn Syihab az-Zuhri berkata: “Kami tidak
melihat zuhud dalam hal tertentu yang lebih sedikit darip zuhud dalam
kedudukan. Engkau melihat seseorang berzuhud dalam masalah makanan, minuman dan
harta. Namun jika kami membahagi-bahagikan kedudukan, tentu mereka akan berebut
dan meminta lebih banyak lagi.”
Inilah yang membuat para
ulama salaf dan orang-orang shaleh antara mereka mengkhuatirkan dan
menyangsikan hatinya dari ujian kemasyhuran, penipuan dan kedudukan. Oleh kerana
itu mereka memperingatkan hal ini kepada murid-muridnya. Para pengarang buku
telah meriwayatkan dalam pelbagai gambaran tentang tingkah laku ini, seperti
Abu Qasim a-Qusyairi dalam ar-Risalah, Abu Thalib al-Makky dalam Qutul-Qulub,
dan al-Ghazali di dalam al-Ihya’.
Begitu pula yang dikatakan
seorang zuhud yang terkenal, Ibrahim bin Adham, “Allah tidak membenarkan orang
yang suka kemasyhuran.”
Beliau juga berkata, “Tidak
sehari pun aku berasa gembira di dunia kecuali hanya sekali. Pada suatu mlm aku
berada di dalam masjid salah satu desa di Syam, dan ketika itu aku sdg sakit
perut. Lalu muazzin dtg dan menyeret kakiku hingga keluar dari
masjid.”

Beliau berasa senang kerana
muazzin tersebut tidak mengenalinya. Maka dari itu beliau diperlakukan secara
kasar, kakinya diseret seperti seorang pesakit. Beliau meninggalkan kedudukan
dan kekayaannya kerana Allah. Sebenarnya ketika itu beliau tidak ingin keluar
jika tidak sakit.
Seorang zuhud yang
terkenal, Bisyr al-Hafy berkata, “Saya tidak mengenal orang yang suka
kemasyhuran melainkan agama menjadi sirna dan dia menjadi
hina.”

Beliau juga berkata, “Tidak
akan merasakan manisnya kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah
manusia.”
Seseorang pernah menyertai
perjalanan Ibn Muhairiz. Ketika hendak berpisah, orang itu berkata, “Berilah aku
nasihat.”

Ibn Muhairiz berkata, “Jika
boleh hendaklah engkau mengenal tetapi tidak dikenal, berjalanlah sendiri dan
jangan mahu diikuti, bertanyalah dan jangan ditanya. Lakukanlah hal
ini.”
Ayyub as-Sakhtiyani
berkata, “Seseorang tidak berniat secara benar kerana Allah kecuali jika dia
suka tidak merasakan kedudukannya.”

Khalid bin Mi’dan adalah
seorang ahli ibadah yang dipercayai. Jika semakin ramai orang-orang yang
berkumpul di sekelilingnya, maka beliau pun beranjak pergi krg takut dirinya
menjadi terkenal.
Salim bin Handzalah
menceritakan, “Ketika kami berjalan secara beramai-ramai di blkg Ubay bin
Ka’ab, tiba-tiba Umar melihatnya lalu melemparkan susu ke
arahnya.”
Ubay bin Ka’ab lalu
bertanya, “Wahai Amirul Mu’minin, apakah yang telah engkau
lakukan?”
Jawab Umar, “Sesungguhnya
kejadian ini merupakan kehinaan bagi yang mengikuti dan ujian bagi yang
diikuti.”
Ini merupakan perhatian
Umar bin al-Khattab secara psikologi terhadap fenomena yang pada permulaannya
boleh menimbulkan kesan dan pengaruh yang jauh terhadap kejiwaan orang-orang
yang mengikuti dan sekaligus orang yang diikuti.
Diriwayatkan dari al-Hasan,
beliau berkata, “Pada suatu hari Ibn Mas’ud keluar dari rumahnya, lalu diikuti
beberapa orang. Maka beliau berpaling ke arah mereka dan berkata: “Ada apa kamu
mengikutiku? Demi Allah, andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku,
dua orang antara kamu pun tidak akan dpt mengikutiku.”
Pada suatu hari al-Hasan
keluar rumah lalu diikuti beberapa orang. Beliau bertanya, “Apakah kamu ada
keperluan kepadaku? Jika tidak, mengapa kejadian seperti ini masih tersemat
dalam hati orang Mu’min?”
Ayyub as-Sakhtiyani
melakukan suatu perjalanan, lalu ada beberapa orang yang mengalu-alukan
kedatangannya. Beliau berkata, “Andaikata tidak kerana aku tahu bahawa Allah
mengetahi isi hatiku tentang ketidaksukaan aku terhadap hal ini, tentu aku
takut kebencian dari Allah.”
Ibn Mas’ud berkata,
“Jadilah kamu sbagi sumber ilmu, pelita petunjuk, penerang rumah, obor pada
waktu mlm dan pembaharu hati yang diketahui penduduk langit, namun tidak
dikenal penduduk bumi.”
Al-Fudhayl ibn Iyadh
berkata, “Jika engkau sanggup untuk tidak dikenal, maka lakukanlah. Apa
sukarnya engkau tidak dikenal? Apa sukarnya engkau tidak disanjung-sanjung?
Tidak mengapalah engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di
sisi Allah.

Athar-athar ini tidak
mengajak kepada pengasingan atau uzlah. Orang-orang yang menjadi sumber riwayat
ini adalah para imam dan da’ie. Mereka memiliki pengaruh yang amat baik dalam
menyeru masyarakat, mengarahkan dan memperbaiki keadaan manusia. Tetapi yang
dpt difahami dari sejumlah penyataan mereka adalah kebangkitan dari naluri jiwa
yang tersembunyi, kewaspadaan terhadap tipudaya yang disusupkan syaitan ke
dalam hati manusia, jika hati mereka dicampuri hal-hal yang serba gemerlap dan
dikelilingi orang-orang yang mengikutinya.
Kemasyhuran itu sendiri
bukanlah suatu yang tercela. Tiada yang lebih masyhur darip para Anbia’,
al-Khulafa’ ar-Rasyidin, dan imam-imam mujtahidin. Tetapi yang tercela adalah
mencari kemasyhuran, takhta dan kedudukan, serta sgt bercita-cita
mendapatkannya. Kemasyhuran tanpa cita-cita ini tidaklah menjadi masalah,
sekali pun ia ttp menjadi ujian bagi orang-orang yang lemah, seperti yang
dikatakan oleh Imam al-Ghazali.
Sejajar dgn pengertian ini
yang telah disebuntukan dalam hadith Abu Dzar darip Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam, bahawa Baginda pernah ditanya tentang seorang lelaki yang
melakukan suatu amal kebajikan kerana Allah, lalu orang ramai
menyanjungnya.
Maka Baginda menjawab, “Itu
kurnia yang didahulukan, sekaligus khabar gembira bagi orang
Mu’min.”  (HR Imam Muslim, Ibn Majah dan
Ahmad)
Ada pula lafaz lain,
“Seseorang melakukan amal kerana Allah lalu orang-orang pun
menyukainya..”

Pengertian seperti inilah
yang ditafsirkan oleh al-Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibn Jarir at-Thabary
dan alin-lainnya.
Begitu pula hadith yang
ditakhrij Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dari hadith Abu Hurairah, bahawa ada
seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal dan
dia pun senang melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia pun
berasa takjub kepadanya.”
Baginda bersabda, “Dia
mempunyai dua pahala, pahala kerana merahsiakan dan pahala
memperlihatkan.”

Kedua: Menuduh Diri Sendiri

Orang yang mukhlis sentiasa
menuduh diri sendiri sbagi orang yang berlebih-lebihan di sisi Allah dan krg
dalam melaksanakan pelbagai kewajipan, tidak mampu menguasai hatinya kerana
terpedaya oleh suatu amal dan takjub pada dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa
takut andaikata keburukan-keburukannya tidak diampunkan dan takut
kebaikan-kebaikannya tidak diterima.
Kerana sikap seperti ini,
ada sebahagian di antara para salaf yang menangis tersedu-sedu ketika jatuh
sakit. Beberapa orang yang menziarahinya bertanya, “Mengapa engkau masih
menangis, padahal engkau suka berpuasa, mendirikan solat malam, berjihad,
mengeluarkan sedekah, haji umrah, mengajarkan ilmu dan banyak
berzikir?”
Beliau menjawab, “Apa yang
membuatkanku tahu bahawa hanya sedikit dari amal-amalku yang masuk dalam
timbanganku dan juga diterima di sisi Rabb-ku? Sementara Allah telah berfirman,
Allah hanya menerima (amal) dari orang-orang yang bertaqwa,”
Satu-satunya sumber taqwa
adalah hati. Maka dari itu al-Quran menambahinya dgn firman Allah yang
bermaksud: “Maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati..”  (al-Hajj: 32)
Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
“Taqwa itu ada di
sini,”  Baginda mengulanginya tiga kali dan menunjuk ke arah
dadanya.  (HR Imam Muslim)
Sayyidah Aishah pernah
bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang orang-orang
yang dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: “Dan orang-orang yang memberikan
apa yang telah mereka berikan dgn hati yang takut, (kerana mereka tahu bahawa)
sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka.”  (al-Mu’minun: 60)
“Apakah mereka orang-orang
yang mencuri, berzina, meminum khamar dan mereka takut kepada
Allah?”
Baginda menjawab, “Bukan
wahai puteri as-Shiddiq. Tetapi mereka adalah orang-orang yang mendirikan
solat, berpuasa, mengeluarkan sedekah, dan mereka takut amalnya tidak diterima.
Mereka itu bersegera untuk mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan merekalah
orang-orang yang segera memperolehinya.”  (HR Imam Ahmad dan
lain-lainnya)
Orang yang mukhlis sentiasa
takut terhadap riya’ yang menyusup ke dalam dirinya, sdg dia tidak
menyedarinya. Inilah yang disebut syahwah khafiyyah yang menyusup ke dalam diri
orang yang meniti jalan kepada Allah tanpa disedarinya.
Dalam hal ini Ibn
‘Atha’illah memperingatkan, “Kepentingan peribadi dalam kederhakaan amat jelas
dan terang. Sdgkan kepentingan peribadi di dalam ketaatan tersamar dan
tersembunyi. Padahal menyembuhkan apa yang tidak nampak itu amat sukar. Boleh
jadi ada riya’ yang masuk ke dalam dirimu dan orang lain juga tidak melihatnya.
Tetapi kebanggaanmu bila orang lain melihat kelebihanmu merupakan budi
ketidakjujuranmu dalam beribadah. Maka kosongkanlah pandangan orang lain
terhadap dirimu. Cukup bagimu pandangan Allah terhadap dirimu. Tidak perlu
bagimu tampil di hadapan mereka agar engkau terlihat di mata
mereka.”

Ketiga: Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dari
Liputan

Amal yang dilakukan secara
diam-diam harus lebih disukai darip amal yang disertai liputan dan didedahkan.
Dia lebih suka memilih menjadi perajurit bayangan yang rela berkorban, namun
tidak diketahui dan tidak dikenali. Dia lebih suka memilih menjadi bahagian
dari suatu jamaah, ibarat akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran
kehidupannya, tetapi tidak terlihat oleh mata, tersembunyi di dalam tanah; atau
seperti asas bangunan. Tanpa asas, dinding tidak akan berdiri, atap tidak akan
dpt dijadikan berteduh dan bangunan tidak dpt ditegakkan. Tetapi ia tidak
terlihat, seperti dinding yang terlihat jelas. Syauqy berkata di dalam
syairnya:
Landasan yang
tersembunyi
Tidak terlihat mata
kerana merendah
Bangunan yang menjulang
tinggi
Di atasnya dibangun
megah
Di bahagian sebelum ini
telah dikemukakan hadith Mu’adz, “Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yang
berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tidak hadir
mereka tidak diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka
keluar dari setiap tempat yang gelap.”

Keempat: Tidak Memerlukan Pujian Dan Tidak Tenggelam Oleh Pujian

Tidak meminta pujian
orang-orang yang suka memuji dan tidak bercita-cita mendapatkannya. Jika ada
seseorang memujinya, maka dia tidak terkecoh tentang hakikat dirinya di hdpn
orang yang memujinya, kerana mmg dia lebih mengetahui tentang rahsia hati dan
dirinya darip orang lain yang boleh tertipu penampilan dan tidak mengetahui
batinnya.
Ibn ‘Atha’illah berkata,
“Orang-orang memujimu dari persangkaan mereka tentang dirimu. Maka adalah
engkau orang yang mencela dirimu sendiri kerana apa yang engkau ketahui pada
dirimu. Orang yang paling bodoh adalah yang meninggalkan keyakinannya tentang
dirinya kerana ada persangkaan orang-orang tentang dirinya.”
Diriwayatkan dari Ali bin
Abi Thalib radhiallahu ‘anh, bahawa jika dipuji orang lain maka beliau berkata,
“Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku kerana apa yang mereka katakan.
Berikanlah kebaikan kepadaku dari apa yang tidak mereka
ketahui.”
Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh
berkata kepada orang-orang yang mengekori dan mengerumuninya, “Andaikata kamu
tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun tidak akan dpt
mengikutiku.” Padahal beliau adalah sahabat yang menonjol, pemuka petunjuk dan
pelita Islam.
Sekumpulan orang memuji
seorang Rabbani. Lalu dia mengadu kepada Allah sambil berkata, “Ya Allah,
mereka tidak mengenalku dan hanya Engkaulah yang mengetahui siapa
diriku.”
Salah seorang yang shaleh
bermunajat kepada Allah, kerana sebahagian orang ada yang memujinya dan
menyebut-nyebut kebaikan dan kemuliaan akhlaknya:

Mereka berbaik sangka
kepadaku
Padahal hakikatnya
tidaklah begitu
Tetapi aku adalah orang
yang zalim
Sbagimana yang Engkau
sedia maklum
Kau sembunyikan semua
aib yang ada
Dari pandangan mata
mereka
Kau kenakan pakaian
menawan
Sbagi tabir
tutupan
Jadilah mereka
meyintai
Padahal aku tidak layak
dicintai
Tapi hanyalah
diserupai
Janganlah Engkau
hinakan aku
Pada Hari Qiamat di
tengah mereka
Jadikanlah aku yang
mulia
Termasuk yang hina
dina
Penyair yang shaleh ini
mengisyaratkan makna yang lembut dan sgt penting, iaitu keindahan tabir yang
diberikan Allah kepada hamba-hambaNya. Brp banyak cela yang tersembunyi, dan
Allah menutupinya dari pandangan orang ramai. Andaikata Allah membuka tabir itu
dari pandangan mereka, tentu kelemahannya akan terserlah dan kedudukannya akan
jatuh. Tetapi kurnia Allah enggan untuk menyingkap tabir kelemahan
hamba-hambaNya, sbagi kurnia dan kemuliaan baginya.
Seerti dgn ini telah
dikatakan oleh Ibn ‘Atha’illah, “Sesiapa yang memuliakanmu, sbnrnya dia telah
memuliakan keindahan tabir pada dirimu. Keutamaan ada pada diri orang yang
memuliakanmu dan menutupi aibmu, bukan pada diri orang yang menyanjungmu dan
berterima kasih kepadamu.”
Abu al-Atahiyah berkata
dalam syairnya:
Allah telah berbuat
baik kepada kita
Kerana kesalahan tidak
menyebar ke mana-mana
Apa yang tersembunyi
pada diri kita
Tentu tersingkap di
sisiNya

Kelima: Tidak Kedekut Pujian Terhadap Orang Yang Memang Layak Dipuji

Tidak kedekut memberikan
pujian kepada orang lain yang mmg layak dipuji dan menyanjung orang yang mmg
layak disanjung. Di sana ada dua bencana yang bakal muncul: Pertama, memberikan
pujian dan sanjungan kepada orang yang tidak berhak. Kedua, kedekut memberikan
pujian kepada orang yang layak.
Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah memuji sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan
dan kelebihan mereka, seperti sabda Baginda tentang Abu Bakar yang bermaksud:
“Andaikata aku boleh mengambil seorang kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku
mengambil Abu Bakar sbagi kekasihku. Tetapi dia adalah saudara dan
sahabatku.”
Sabda Baginda kepada Umar:
“Andaikata engkau melalui suatu jalan, tentu syaitan akan melalui jalan yang
lain.”
Sabda Baginda kepada
Uthman: “Sesungguhnya beliau adalah orang yang para malaikat pun berasa malu
terhadap dirinya.”
Sabda Rasulullah terhadap
Ali: “Di mataku engkau seperti kedudukan Harun di mata Musa.”
Sabda Rasulullah terhadap
Khalid bin al-Walid: “Beliau adalah salah satu darip pedang-pedang
Allah.”
Sabda Rasulullah terhadap
Abu Ubaidah: “Beliau adalah kepercayaan umat ini.”
Masih ramai sahabat yang
dipuji Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kerana kelebihan dan keistimewaan
mereka. Di antara mereka ada dari kalangan pemuda, seperti Usamah bin Zaid yang
diangkat menjadi komandan pasukan perang, padahal dalam pasukan tersebut
terdapat para pemuka sahabat. Baginda mengangkat Itab bin Usaid sbagi pegawai
di Makkah, padahal umurnya masih dua puluh thn. Mu’adz bin Jabal dikirim ke
Yaman, padahal beliau masih muda. Sebahagian di antara mereka lebih diutamakan
darip orang-orang yang lebih terdahulu memeluk Islam, kerana kelebihan
dirinya, seperti Khalid bin al-Walid dan Amr bin al-Ash.
Boleh jadi seseorang tidak
mahu memberikan pujian kepada orang yang layak dipuji, kerana ada maksud
tertentu dalam dirinya, atau kerana rasa iri hati yang disembunyikan, seperti
takut campurtangan di pejabatnya, atau menyaingi kedudukannya. Kerana dia juga
tidak mampu untuk melemparkan celaan, maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam
diri dan tidak perlu menyanjungnya.
Kita melihat bagaimana Umar
bin al-Khattab yang meminta pendapat Ibn Abbas dalam pelbagai urusan, padahal
Ibn Abbas masih sgt muda. Maka para pemuka sahabat berkata kepadanya,
“Bicaralah wahai Ibn Abbas. Kerana usia yang muda tidak menghalangimu untuk
berbicara.”